Saturday, October 24, 2009
Wednesday, October 21, 2009
Testimonial pembaca - pegawai kerajaan
Dah miliki buku ini...kandungan dan tip yang hebat..
Bagi rakan ... yang kerap terlibat dalam penyediaan power point untuk taklimat, persembahan, pembentangan dan sebagainya, Buku Persembahan Hebat dengan Power Point hasil karya Pensyarah Unimas, Syahrul Nizam Junaini ada jawapannya...
- Azmi Ahmad
Posted by syahrulnizam at 6:00 PM 0 comments
Tuesday, October 6, 2009
Testimonial - Pelajar IPT
Sye smpt baca isi dalamnya...padat dgn tips tok mbina kyakinan bla mbuat pbentgn ..
- Zaimatul Asikin
Posted by syahrulnizam at 9:15 AM 0 comments
Thursday, October 1, 2009
Tuesday, September 29, 2009
Testimonial pembaca
Mudah, dan pastinya memberikan ilmu yang terbaik untuk anda bermula, kearah persembahan yang hebat. Asas-asas dan panduan mudah, untuk melakukan ucapan mahupun presentasi. Buku yang perlu dimiliki oleh setiap tenaga pengajar, ahli M-L-M, eksekutif,....ketua eksekutif pun tidak terkecuali.
- Hasnunniza Hashim, Nizartwork
Posted by syahrulnizam at 5:55 AM 0 comments
Saturday, September 26, 2009
Testomonial Pembaca - Penuntut UNISEL
RM 18 bukanlah nilai sebenar untuk sebuah buku hebat seperti ini. Tahniah. Banyak membantu saya bkn shj ketika persembahan malahan dlm meningkatkan produktiviti kerja seharian.
- Usewf Katha
Posted by syahrulnizam at 9:02 PM 0 comments
Monday, June 1, 2009
Tuesday, May 26, 2009
Testimonial Pembaca

Saya baru sahaja membeli dan sedang membaca buku yang dipaparkan di sini untuk meningkatkan kualiti persembahan saya. Tahniah. Buku ini banyak membantu.
- Saiee Dris, Pengurus Penyelidikan, Majlis Islam Sarawak.
Posted by syahrulnizam at 5:04 PM 0 comments
Labels: Testimonial
Sunday, May 24, 2009
Testimonial pembaca - pensyarah Unimap
Buku yang mudah dan seronok dibaca. Jelas dan terang untuk difahami. Ia membantu dalam meningkatkan gaya persembahan dengan PowerPoint.
- Mahyun Ab. Wahab
Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar,
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Posted by syahrulnizam at 8:59 PM 0 comments
Labels: Testimonial
Testimonial - bapa kepada seorang pelajar
"Saya baru belek halaman2nya, ia kelihatan menarik dan bahasanya pun senang difahami. Terima kasih krn mengusahakan buku spt ini."
- Francis L., Kuching, Sarawak
Posted by syahrulnizam at 8:53 PM 0 comments
Labels: Testimonial
Testimonial pembaca - Penuntut UNIMAS
"Jauh beza (persembahan) PowerPoint saya (yang) lama dahulu (berbanding) yang sekarang. (Persembahan) powerpoint saya dahulu memang tidak menarik langsung. Patutlah markah pembentangan saya selalu teruk. Selepas membaca buku ini barulah saya faham (teknik yang betul)."
- Azima, Penuntut UNIMAS
Posted by syahrulnizam at 8:50 PM 0 comments
Labels: Testimonial
RAHSIA MEMBINA PERSEMBAHAN HEBAT!
Ia perlu menjadi rujukan bagi pensyarah, doktor, pegawai komunikasi korporat, ahli perniagaan, pereka bentuk, jurutera, para pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan kemahiran persembahan.
Buku ini memberi tip dan maklumat bagaimana:
- Menggunakan Microsoft PowerPoint dengan efektif.
- Membina keyakinan semasa pengucapan umum.
- Meningkatkan kualiti persembahan.
- Menarik perhatian audiens pada persembahan
Posted by syahrulnizam at 8:41 PM 0 comments
Sedutan bab 1 - Ciri-ciri Persembahan Hebat
Sekadar tahu sahaja berkenaan kecemerlangan tidak mencukupi. Kita perlu cuba mendapatkannya dan menggunakannya.- Aristotle -
Para eksekutif pasti sering menjalankan urusan perniagaan di merata-rata tempat dengan menaiki kapal terbang. Semasa di dalam pesawat, kita sering melihat ada antara ahli-ahli perniagaan dan eksekutif yang sibuk menyediakan slaid persembahan. Masa yang berlalu dengan pantas menuntut mereka memanfaatkan setiap detik yang terluang.
Dunia perniagaan hari ini semakin kompetitif. Ia menuntut semua pihak supaya saling bersaing. Bagi seorang eksekutif, kelainan yang ditonjolkan dalam persembahan mampu menarik perhatian pelanggan. Ia juga dapat menggugat para pesaing dalam merebut pelanggan. Justeru, para eksekutif perlu mencari kaedah yang terbaik bagi menghasilkan persembahan yang canggih dan berkualiti.
Bab ini membincangkan berkenaan ciri-ciri penyampai yang baik dan persembahan yang hebat.
Penyampai yang berkualiti umpama pencerita yang pandai memikat pendengar. Beliau juga dihormati kerana ilmu yang ada padanya. Dua bentuk ilmu yang perlu ada:
1. Ilmu berkenaan perkara yang disampaikan.
2. Ilmu dalam teknik bercerita.
Menurut Lefton dan Buzzotta (2003), menguasai kemahiran persembahan dapat meningkatkan proses memindahkan idea. Ia menentukan bagaimana satu pihak dapat menguasai pihak yang
lain. Ia juga dapat memastikan proses komunikasi dua hala sentiasa berterusan.
Dengan menguasai kemahiran persembahan, eksekutif pemasaran dapat memasarkan produknya. Pensyarah pula dapat menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Persamaan yang ada pada mereka adalah kedua-duanya menerima tepukan gemuruh daripada khalayak. Keuntungan daripada segi kewangan mungkin lebih ketara pada eksekutif.
Buku ini membongkar khazanah dan rahsia kemahiran membuat persembahan. Anda akan dihidangkan dengan panduan, peraturan, rahsia dan teknik persembahan yang betul.
Posted by syahrulnizam at 9:02 AM 0 comments
Labels: Bab 1
